Selasa, 1 Disember 2009

Golongan yang akan masuk ke syurga

Pada akhir-akhir ini,saya melihat umat Islam terlalu taksub dgn aqidah Ahlussunnawaljamaah.Sampaikan syiah mereka kata kafir.Kembali kepada tajuk utama.Rasulullah pernah bersabda kaum bani Israel akan berpecah kepada 72 puak hanya 1 yg masuk syurga manakala umat baginda akan berpecah kepada 73 puak,72 semuanya akan masuk neraka kecuali satu golongan yang akan masuk syurga iaitu 'Al-Jamaah'.Para sahabat bertanya siapakah yang mereka itu,Rasulullah menjawab mereka yang berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah baginda/sahabat.Persoalannya di sini adakah ahlussunnahwaljamaah merupakan golongan yang disebutkan dalam hadis tersebut.Apa-pun saya akn menceritakan tentang sejarah kemunculan ahlussunnahwaljamaah.Ketika dakwah Islam telah tersebar ke kawasan Yunani dan Rom,banyak falsafah mereka yang diterima masuk oleh Islam.Ada dua orang yang membawa falsafah yang menceritakan tentang perbuatan manusia sama ada dipaksa ataaupun bebas melakukannya.Pertama ialah Epicurus yang mendakwa semua perbutan manusia dipengaruhi diri sendiri dan ciptaan diri sendiri.Kedua,Zenon yang mendakwa kita tidak bebas dan terpaksa ikut apa yang ditetapkan.Pada masa ini timbullah persoalan dalam kalangan umat Islam tentang Qadha' dan Qadr.Adakah Allah yang menetapkan segala-galanya termasuk perbuatan kita atau kita bebas memilih apa yg kita nak buat.Pada zaman Rasulullah,persoalan ini telah dijawab tanpa perlu diterangkan dengan lebih terperinci.Baiklah,pengguna internet semua yang beragama Islam,saya akan menjelaskan apa itu Qadha' dan Qadr.Qadha' ialah perkara yang di luar kekuasaan manusia.Salah satu contohnya ialah Sunnatullah seperti kejadian siang dan malam,air sungai yang sentiasa mengalir ke bawah.Ini semuanya merupakan Sunnatullah/hukum alam yang tak akan dapat dubah oleh manusia.Qadr pula merujuk pada sifat/khasiat sesuatu benda.Sebagai contoh,dalam diri manusia terdapat dua jalan yang Allah telah tetapkan iaitu baik dan buruk.Tapi apabila melakukan sesuatu yang baik atau buruk bukanlah disebabkan dipaksa oleh Allah tapi manusia bebas memilih.Di sinilah kita akan mendapat pahala atau dosa.Selain itu terdapat juga contoh lain seperti pisau.Pisau boleh digunakan untuk memotong daging atau membunuh manusia.Tapi yg memotong atau membunuh adalah bergantung kepada manusia.Namun,kedua-duanya telah salah ditafsirkan oleh Abu Hasan Al-Asya'ari.Beliau mentakrifkan qadha ialah takdir selepas sesuatu itu berlaku manakala qadr ialah takdir sebelum sesuatu perkara itu berlaku.Jadi muncullah golongan mutakallimin seperti ahlussunnah waljamaah,jabariyah.mu'tazilah dan qadariah.Yang masalahnya ketiga-tiga golongan ahli kalam suka berbincang tentang ayat-ayat mutasyabihat sama ada dalam Al-Quran atau hadis Qudsi.Sebenarnya ahlussunnah pun berpecah kpd 3 golongan iaitu Al-Asya'riah(Imam Malik dan Syafi'i),Maturidiyah(Imam Abu Hanifah)dan akhir sekali ialah salafiyah(Imam Ahmad Hanbal).Jadi wajarkah mereka mendakwa yang merekalah golongan yang disebut dalam hadis tersebut?Sebenarnya cukuplah kalau kita cakap kita ni umat Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan berpegang kepada manhaj salafussoleh.Ini kerana mereka adalah sebaik-baik golongan.Dalam aqidah hendaklah kita mencontohi mereka.Tentang syiah pula ingin dtekankan yang sebenarnya golongan yang kafir adalah Rafidah atau Sabaiyah/Ghulat.Ini adalah kerana kerana mereka telah mendewa-dewakan Imam mereka serta menyamakan mereka dengan Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan