Rabu, 2 Disember 2009

Aqidah dan ideologi-Bukti kewujudan Allah

Salam,semua.Hari ini kita akan mulakan kelas pengajian hubungan di antara aqidah dengan mabda'/ideologi.Allah telah mengatur sistem alam semesta ini dengan sempurna.Contohnya,planet yang tidak berlanggar antara satu sama lain,cahaya Matahari yang sesuai untuk kehidupan di muka bumi,kejadian siang dan malam,dapat berlayarnya kapal di tengah lautan dan sebagainya.Ada pun di muka bumi,Allah telah mengutus seorang Rasul untuk mengatur sistem kehidupan manusia.Buktinya boleh dilihat pada setiap tamadun dunia pasti adanya satu rumah ibadat.Ini diakui sendiri oleh orang bukan Islam.Baiklah,pertama sekali saya menerangkan tentang kebenaran kewujudan Allah berpandukan dalil aqli.Di sini terdapat tiga persoalan utama iaitu adakah Allah itu makhluk yg dicipta,adakah dia separuh Tuhan separuh makhluk,atau dia adalah Khaliq(yang mencipta dan bersifat wajibul wujud/wajib ada).Persoalan pertama sudah tentu bertentangan dengan logik aqal manusia kerana mana mungkin Tuhan itu makhluk,kalau sekiranya Tuhan itu makhluk sudah tentu dia akan hidup dan mati macam manusia biasa.Persoalan kedua pun tidak dapat diterima oleh aqal kerana ini menunjukkan ketidaksempurnaan seoran Pencipta.Persoalan yang ketiga sahajalah satu-satunya yang dapat diterima oleh aqal kerana ini menunjukkan sifat ketuhanan sang Pencipta yang telah mengatur sistem seluruh cakerawala termasuk bumi.Baiklah,sekiranya Tuhan itu dapat mengatur sistem cakerawala takkalah dia tak dapat mengatur sistem kehidupan hamba2-Nya.Bersambung pada tajuk yang akan datang iaitu Kebenaran Al-Quran itu Datangnya Dari Tuhan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan