Isnin, 30 November 2009

Adakah kita hanya perlu menunggu Imam Mahadi atau khalifah akhir zaman?

Sekarang ini seluruh dunia heboh pasal kiamat walaupun orang kafir sekalipun.Namun,tujuan saya kali ini ialah ingin memberikan pendapat tentang adakah kita hanya terlalu bergantung pada Imam Mahadi dan khalifah khir zaman.Pertama sekali mari kita lihat tentang ciri2 Imam Mahadi.Nama beliau ialah Muhammad/Ahmad bin Abdullah,akhlaknya sama mcm nabi Muhammad tetapi rupanya berbeza,dia akan mentadbir bumi dengan penuh keadilan.Malangnya umat Islam pada masa kini hanya tahu bergantung pada beliau saja.Memanglah beliau yg akan membebaskan Palestin tapi adakah masanya sudah tiba,belum lagi kan?Adakah kita hanya perlu menungu sambil melihat seoran demi seorang rakyat Palestin mati dibunuh oleh Zionis.Insyaalah saya akan berlatih bersungguh untuk menjadi kuat supaya dpt membantu dan berjuang bersama-sama rakyat Palestin menentang Zionis.Saya tak mau bergantung kepada negara yg sekular dan parti yang sekular dari segi perbuatan.Saya tidak merujuk parti mana2 pun hanya sekadar ingin menasihati mereka agar dapat berjihad bersama-sama rakyat Palestin terutama sekali di Malaysia.Tak guna ada parti poltik Islam tapi x nak berjihad atas syarat2 tertentu.Saya minta maaf kalau sekiranya ada mana2 parti yg terasa.Saya sebenarnya sedang merancang untuk menubuhkan satu gerakan jihad yang akan dipimpin oleh Pemuda Bani Tamim.Kalau nak tau tentang siapakah beliau bolehlah layari mana2 laman web ada menceritakan tentang tanda2 kemunculan Imam Mahdi.

Ahad, 29 November 2009

Ayat tentang kewajipan meyediakan kelengkapan senjata yang hebat

Berikut adalah koleksi ayat2 Al-Quran yg menerangkan dasar-dasar politik.
1.Berdamai dengan orang-orang kafir bila mereka mahu berdamai:
61.Dan jika mreka cenderungkepada perdamaian,hendaklah kamu cenderung juga,serta bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Surah Al-Anfal
60.Dan hendaklah kamu sediakan untuk melawan mereka,sekadar tenagamu,kekutan dan kuda yang ditambat,dengan demikian kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu;begitu juga orang2 selain mereka yang tidak kamu ketahui,sedang Allah mengetahui mereka.Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan ALLAH,nescaya disempurnakan Allah balasannya kepadamu,sedang kamu tidak dizalimi.
Surah Al-Anfal
Penerangan
Hendaklah kamu sediakan kekuatan dan penjagaan kuda di perbatasan negeri sekadar tenagamu,untuk melawan mereka,supaya kamu menggerunkan musuh Allah dan musuhmu,begitu juga dengan orang lain yang tidak kamu mengetahui,sedang Allah mengetahuinya.Tetapi jika mereka suka berdamai,hendaklah kamu juga suka,sambil menyerahkan diri kepada Allah.Sebenarnya untuk kekuatan satu negeri,ialah persediaan untuk melawan musuh,iaitu kekuatan yang cukup dan penjagaan di batasan negeri.Sebab itu,semuanegara pada masa sekarang mempunyai persediaan yang sempurna,untuk menakutkan musuh.Berkata sesetengah ahli pandai:bersedia untuk berperang,menghalangi terjadinya peperangan itu,kerana setiap negara menyangka bahawa musuhnya mempunyai persediaan yang lengkap;sebab itu mereka takut untuk memeranginya.Dengan demikian,terhindarlah bahaya peperangan.
Tetapi Islam menganjurkan bahawa,jika musuh itu suka untuk berdamai,hendaklah kamu suka dan jangan sesekali kamu tidak boleh memerangi mereka.Maka,nyata di sini bahawa Islam agama perdamaian dan kesejahteraan untuk seluruh alam.Yang dimaksudkan dengan menyediakan kekuatan itu,ialah menyediakan alat senjata peperangan,untuk mempertahankan agama dan negara.Seba itu,wajib dalam Islam mengadakan alat senjata yang lengkap sekadar tenaga untuk angkatan darat,laut dan udara.Jika tidak,nescaya kita akan menjadi umat yang lemah dan akan ditelan oleh umat yang kuat,yang mempunyai alat senjata yang lengkap.Beginilah perintah Al-Quran.

Pengajian Al-Quran

Dalam kelas ini kalian semua akan belajar tentang Ulum Al-Quran.Mula-mula kita akan bincangkan tentang tempat nuzul semua surah di dalam Al-Quran.Pertama ialah Surah Makkiyah,surah ini diturunkan sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah.Secara keseluruhannya Surah Makkiyah mengandungi ayat-ayat yg menceritakan tentang akidah,ibadat khusus,akhlak,dan suruhan menutup aurat.Terdapat juga ayat tentang kiamat seperti Surah Az-Zalzalah dan Surah Al-Qariah.Selain itu juga terdapat surah tentang bagaimana mahu melindungi diri daripada syaitan dan buatan sihir manusia seperti Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.Hanya satu surah pendek sahaja pada juzu' 30 yang bukan diturunkan di Makkah iaitu Surah An-Nash.Surah ini diturunkan semasa pembukaan kota Makkah di ramai orang Musyrikin Makkah memeluk Islam.

Kedua,Surah yang diturunkan di Madinah ataupun disebut Surah Madiniyyah.Secara keseluruhannya surah ini mengandungi ayat tentang sistem kehidupan manusia,hukum halal dan haram dan dasar politik dalam negara dan luar negara.Surah ini diturunkan semasa Rasulullah mendirikan negara Islam pertama dalam dunia iaitu Daulah Islamiyyah Madinah.Pada masa ini Allah telah menurunkan ayat seperti suruhan untuk berjihad,kewajipan Qisas dan Hudud,keharusan Diat bagi membayar ganti rugi untuk dielakkan hukuman Qisas.Pada masa ini,negara Madinah tidak memerlukan polis kerana mereka yang bersalah akan segera berjumpa dengan Rasulullah untuk menerima hukuman.

Rasanya cukuplah dengan pengenalan ini.Lain kali saya akan menceritakan tentang Asbabul Nuzul(Sebab Turun) ayat dan ayat-ayat hukum serta ayat2 yang menceritakan tentang sejarah tamadun hebat dunia pada masa dahulu.Tidak ketinggalan ayat tentang sains dan teknologi.Akhir sekali ayat yang menceritakan kehebatan hamba2 Allah yang soleh seperti Zul-Qarnain,Keluarga Imran,dan Luqmanul Hakim.

Hubungi Saya

Saya harapkan sambutan yang menggalakkan daripada seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia.Sekiranya ada masalah bolehlah menghubungi no ini iaitu +60176794430