Ahad, 29 November 2009

Ayat tentang kewajipan meyediakan kelengkapan senjata yang hebat

Berikut adalah koleksi ayat2 Al-Quran yg menerangkan dasar-dasar politik.
1.Berdamai dengan orang-orang kafir bila mereka mahu berdamai:
61.Dan jika mreka cenderungkepada perdamaian,hendaklah kamu cenderung juga,serta bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Surah Al-Anfal
60.Dan hendaklah kamu sediakan untuk melawan mereka,sekadar tenagamu,kekutan dan kuda yang ditambat,dengan demikian kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu;begitu juga orang2 selain mereka yang tidak kamu ketahui,sedang Allah mengetahui mereka.Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan ALLAH,nescaya disempurnakan Allah balasannya kepadamu,sedang kamu tidak dizalimi.
Surah Al-Anfal
Penerangan
Hendaklah kamu sediakan kekuatan dan penjagaan kuda di perbatasan negeri sekadar tenagamu,untuk melawan mereka,supaya kamu menggerunkan musuh Allah dan musuhmu,begitu juga dengan orang lain yang tidak kamu mengetahui,sedang Allah mengetahuinya.Tetapi jika mereka suka berdamai,hendaklah kamu juga suka,sambil menyerahkan diri kepada Allah.Sebenarnya untuk kekuatan satu negeri,ialah persediaan untuk melawan musuh,iaitu kekuatan yang cukup dan penjagaan di batasan negeri.Sebab itu,semuanegara pada masa sekarang mempunyai persediaan yang sempurna,untuk menakutkan musuh.Berkata sesetengah ahli pandai:bersedia untuk berperang,menghalangi terjadinya peperangan itu,kerana setiap negara menyangka bahawa musuhnya mempunyai persediaan yang lengkap;sebab itu mereka takut untuk memeranginya.Dengan demikian,terhindarlah bahaya peperangan.
Tetapi Islam menganjurkan bahawa,jika musuh itu suka untuk berdamai,hendaklah kamu suka dan jangan sesekali kamu tidak boleh memerangi mereka.Maka,nyata di sini bahawa Islam agama perdamaian dan kesejahteraan untuk seluruh alam.Yang dimaksudkan dengan menyediakan kekuatan itu,ialah menyediakan alat senjata peperangan,untuk mempertahankan agama dan negara.Seba itu,wajib dalam Islam mengadakan alat senjata yang lengkap sekadar tenaga untuk angkatan darat,laut dan udara.Jika tidak,nescaya kita akan menjadi umat yang lemah dan akan ditelan oleh umat yang kuat,yang mempunyai alat senjata yang lengkap.Beginilah perintah Al-Quran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan