Ahad, 29 November 2009

Pengajian Al-Quran

Dalam kelas ini kalian semua akan belajar tentang Ulum Al-Quran.Mula-mula kita akan bincangkan tentang tempat nuzul semua surah di dalam Al-Quran.Pertama ialah Surah Makkiyah,surah ini diturunkan sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah.Secara keseluruhannya Surah Makkiyah mengandungi ayat-ayat yg menceritakan tentang akidah,ibadat khusus,akhlak,dan suruhan menutup aurat.Terdapat juga ayat tentang kiamat seperti Surah Az-Zalzalah dan Surah Al-Qariah.Selain itu juga terdapat surah tentang bagaimana mahu melindungi diri daripada syaitan dan buatan sihir manusia seperti Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.Hanya satu surah pendek sahaja pada juzu' 30 yang bukan diturunkan di Makkah iaitu Surah An-Nash.Surah ini diturunkan semasa pembukaan kota Makkah di ramai orang Musyrikin Makkah memeluk Islam.

Kedua,Surah yang diturunkan di Madinah ataupun disebut Surah Madiniyyah.Secara keseluruhannya surah ini mengandungi ayat tentang sistem kehidupan manusia,hukum halal dan haram dan dasar politik dalam negara dan luar negara.Surah ini diturunkan semasa Rasulullah mendirikan negara Islam pertama dalam dunia iaitu Daulah Islamiyyah Madinah.Pada masa ini Allah telah menurunkan ayat seperti suruhan untuk berjihad,kewajipan Qisas dan Hudud,keharusan Diat bagi membayar ganti rugi untuk dielakkan hukuman Qisas.Pada masa ini,negara Madinah tidak memerlukan polis kerana mereka yang bersalah akan segera berjumpa dengan Rasulullah untuk menerima hukuman.

Rasanya cukuplah dengan pengenalan ini.Lain kali saya akan menceritakan tentang Asbabul Nuzul(Sebab Turun) ayat dan ayat-ayat hukum serta ayat2 yang menceritakan tentang sejarah tamadun hebat dunia pada masa dahulu.Tidak ketinggalan ayat tentang sains dan teknologi.Akhir sekali ayat yang menceritakan kehebatan hamba2 Allah yang soleh seperti Zul-Qarnain,Keluarga Imran,dan Luqmanul Hakim.

2 ulasan: